Wednesday, 26 December 2012

aTaS pEmBeRiAn :)


             ReMaJa & CiNtA

             

Jika kita mencintai seseorang biarlah kita mendiamkan diri kerana apabila kita diam itulah yang menjadi tanda cinta kita pada nya. Dan khabarkanlah perkara ini kepada Allah, kerana Dia mengetahui segalanya daripada kita. Di sini saya ingin berkongsi mengenai “Cinta Mengikut Islam” ini;


1)    Pendam dan luahkan pada ALLAH
Pertama sekali, jika kita mencintai seseorang haruslah kita pendamkan dahulu dan menyatakan hasrat kita kepada Allah. Kita tidak perlu terburu-buru takut perempuan/lelaki itu mencintai orang lain kerana jodoh ini adalah semua aturan Allah. Allah lebih mengatahui apa yang kita tidak ketahui.

Justeru, menyatakan perasaan kita kepada Allah terlebih dahulu, itulah cara yang paling terbaik kerana insyaAllah, Allah tidak akan memberi sesuatu kepada kita melainkan kita berhak mendapat nya dan dalam bab jodoh ini kita berusahalah menjadi hamba Allah yang terbaik. Niatkan pertamanya apa yang kita lakukan ini bukanlah semata-mata untuk mendapatkan jodoh yang baik, tetapi adalah semata-mata kerana Allah.

Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Setiap kebaikanitu pastinya akan diganjari dengan kebaikan pula. Demikianlah juga dalam perihal jodoh sesudah kita mantapkan diri atas apa yang kita lakukan semata-mata kerana-Nya, sudah tentulah Allah akan membarikan yang ‘sekufu’ iman dengan kita. Jika kita berusaha menjadi hamba yang soleh/solehah, maka Allah berikan kebaikan ke atas usaha itu.

Allah telah janji dan berfirman dalam kitabNya yang bermaksud;
“Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik begitulah sebaliknya”
(Surah an-Nur ayat 26)


2)  Nilai dan selidiki sebelum mencintai
Cinta itu hadir tanpa kita sangka. Kadang-kadang ianya berputik tanpa kita sedari. Ada pula yang hadirnya walau hanya pertama kali bertentang mata (sekali pandang). Namun, sebelum kita membiarkan cinta itu tertanam di lubuk hati kita yang paling dalam, maka nilailah cinta kita itu semula.

Adakah cinta kita itu untuk dunia sahaja? Kerana kemewahannya kah? Kerana kecantikan wajahnya kah? Kerana setiap kata-kata manisnya? Untuk memuaskan nafsu diri kah? Atau semata-mata kerana untuk menyempurnakan agama? Andai cinta kita kepada seseorang itu hanyalah kerana nafsu dan dunia, maka rugilah kita kerana kita tidak akan dapat apa-apa melainkan kepuasan hanya di dunia. Tetapi jikalau kita mencintai seseorang kerana Allah dan berniat untuk memuliakan dengan ingin menikahinya maka besarlah pahalanya sedang perkahwinan itu diibaratkan seperti membina sebuah rumah Allah.
Mungkin ada yang berkata;

“Tak kan la awak kahwin itu bukan sebab kecantikannya”

“Aik, awak nikah ni tanpa nafsukah?”

Ya benar! Sebagai manusai kita dikurniakan nafsu, cintakan kecantikan. Hakikatnya semua manusia cintakan kecantikan, hatta Allah juga sangat mencintai kecantikan kerana Allah itu bersifat dengan kesempurnaan. Begitu juga dengan bernikah kerana nafsu. Namun, antara asbab itu, jadikanlah pernikahan kerana Allah itu berada di tingkatan yang paling atas. Nikah kerana Allah itu yang paling utama dan pertama.


3)   Jauhilah ‘Bercouple’
Andai diri telah mencintai seseorang, maka berusahalah untuk menghindarkan diri kita dari ber‘couple’ kerana perkara ini langsung tidak dianjurkan dalam Islam. Sesungguhnya budaya couple ini bukanlah satu pegangan Islam kerana padanya terlalu banyak perkara-perkara yang boleh membuatkan pasangan bercouple ini lebih cenderung kepada mendekati zina.

Sepertimana di dalam al-Quran ada menerangkan, “la taqrabuz zina” yang bermaksud, “ Janganlah kamu dekati zina” yang mana para ulama mengistinbatkan hukumnya sebagai haram. Maka, apakah dengan bercouple juga tidak bermaksud di dalam mendekati zina? Walaupun mungkin ada antara pasangan couple yang berkata;

“Saya tidak pernah keluar berdua dengan dia”

“Ana jarang telepon dia....”

“Awek aku tak pernah sms pun. Kalau ada pun perkara yang penting je”

Namun, tanpa sedar kita tidak tahu bahawa kita sedang melakukan zina hati yang mana sedikit demi sedikit akan membawa kita melakukan dosa yang lebih besar. Nau’uzubillah =(

4)   Solat Istikharah dan musyawarah (berbincang)
Sebaik-baik keputusan ialah dengan meminta petunjuk kepada Allah dan bermusyawarah meminta pendapat daripada orang yang dipercayai. Tiada seorang pun yang Allah janjikan akan merasa rugi dengan bermohon kepadanNya. Maka, andai diri telah nekad dan memilihnya kerana Allah atas sebab agamanya, solatlah istikharah mohonkan petunjuk yang terbaik untuk agama kita, kehidupan kita pada masa itu mahupun pada masa yang mendatang.

5)   Bertindaklah ke arah kesempurnaan Iman
Alhamdulillah, jika Allah telah berikan kelapangan di atas solat istikharah yang kita lakukan. Salah satu daripada etunjuk istikharah selain mimpi ialah apabila hati kita terasa lapang da yakin dengan keputusan yang ada. Maka, bertindaklah. Bertindak disini ialah dengan memilih seseorang menjadi wakil kita untuk meneruskan hajat kita.

Sesungguhnya Islam agama yang indah. Jika dijadikan pegangan dan cara hidup pasti hidup terasa mudah.Demikianlah juga adat yang ada. Maka, selagi adat tidak menyalahi syariat, gunakanlah adat seperti merisik, bertunang dan seterusnya. Semoga Allah merahmati dalam menuju ke arah kesempurnaan iman itu.

Saudara saudari seagama sekalian, couple ini memang indah tetapi beracun. Ana tidak mahu sahabat-sahabat ana diluar sana terkena mainan syaitan ini.

Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah supaya semua hubungan kita dengan manusia mendapat keredhaanNya dan Allah akan menjadikan kita insan yang lebih baik supaya insyaAllah kita dikurniakan pasangan yang juga baik.

 J  
      
Duhai dia yang diciptakan untuk kaum Adam/Hawa, berubahlah.... kerana CINTA dan MARUAH KAMI MAHAL, hanya untuk mereka yang MAHAL CINTA dan MARUAHnya, yang halal dan yang selayaknya. Jika benar hatimu untuk kami, USAH BERMAIN KATA..... Bersifatlah SEMATANGNYA.....temuilah WALI KAMI SEBAGAI BUKTINYA!!!

 

Wednesday, 21 November 2012

mUkAdImAh

aSsAlaMuAlAiKuM...

Salam perkenalan buat sahabat-sahabat yang d’kasihi..

Terlebih dahulu ana kenalkan diri ana dulu ya.. nama NURUL HIDAYAH BINTI MUHAMAD DAUD..Nama ini sangat bermakna dalam hidup ana,dimana nama ini d’beri oleh arwah atuk(tokwan) yang ana sayang sangat...Kalau ikut kan mak n ayah ana nak bagi nama NURUL ATIKAh FARHANA..Sebgai anak(mak) hanya turut perintah aja dong..Semuanya ada hikmah yang tersendiri..Tapi yang seronoknya ana bnyak sangat nama..NURUL @ UN (keluarga mak yang panggilkan nama tu..)..dikyah @ kakyah (keluarga ayah panggilkan)..kawan @ teman @ sahabat ska sangat panggil nama HIDAYAH...

Alhamdulilah ana masih mempunyai mak n ayah lagi..korang mesti nak tahu kan apa nama mak n ayah..jeng..jeng...Nama mak FAUZIYAH BINTI HAJI OMAR..Nama ayah plak MUHAMAD DAUD BIN HASHIM...Ana kagum dengan mak kerna umur belasan tahun sudah sampai ke tanah suci..Impian ana teringin sangat nak bawa keluarga ana jejak tanah suci n ingin mnjadi tetamu ALLAH...

sebenarnyakan..ana tiada idea la nk tuliz tntang diri ana..jikalau antum semua nk tahu akan diri ana dekatkan la diri kamu dengan diri ana..jikalu antum semua ada masalah yang nak d'kongsikan bersama ana kalau tiada keberatan la..insyaallah ana akan cuba bantukan ya..dengar ya wahai sahabat sekalian..akhir sekali ana harap antum semua dapat singgah ea dekat laman ana..huhuhu...:)..

ana undur dulu ya..
jga la diri antum semua ya..
jgn jga diri aja iman kena jga juga taw...
assalamualaikum...
fi amaanillah...