Saturday, 7 May 2016

ANAK VS MUM

Assalamualaikum ..
Sihatkah kamu??

Wahh lamanyaa tak sempat bersuaa dengan kekasih I nie (lapotop yaa)..dah naik semak kepala nie haa..banyakk sangat benda yang kena fkir tapi keep doa jala..nak buat yang selebihnya tidak mampu dong… hbis kuat mendiam diri sat..

Sejak kebelakangan nie , I have a more  problem ..serius cakap dah sampai macam orang yang xleh berfikir jaa..hari-hari sedih kena maki..fuhhh!!! maki dia mmg buat orang tak boleh tahan beb..saya kan manusia biasa jaa..almaklum laa I’m girl!!

So everything I tell my mum..

Satu malam :

Mum – Akak,nanti dah sampai satu masa nanti akak bertunang . Mak kalau boleh tak suka lahh keluar sana sini dengan orang yang belum halal lagi.

I – baik Mak..tapi ada ka orang yang nak dekat anak mak nie.. kalau tak dak Mak lahh teman sejati kak..hahah

Mum – xpala semua tu kan rahsia Allah..kita doa lahh..tapi ingat pesanan Mak bila dah tunang jangan lah dok keluaq macam tu..tak elok orangn sekeliling orang tengok..

I – kalau tak tunang boleh idok??

Mum – huiiihhh…mana bolehh..kita ada adat cik kak oiii…

I – laaaa..kalau tak tunang terus khawin kan sippp bajett.!!

Mum – habaq kat bakal tu apa-apa pun tetap kena tunang jugak..

I – haaaa…kalau ceq tunang esok khawin leh idok mak???

Mum – hahaha…nak sip sungguh..boleh aihh tak dak masalah..

I – ok,cun Mak …tapi lambat lagi kot..nak travel dengan mak bagi puas-puas lpas tu baru nak travel dengan bakal husband..(I cehh ,,berangan ja lebih wahai cik kak)..

Mum- hahaha..

( My mum is everything because I don’t have my dad.. agaknyaa laa kan boleh kahh dapat macam arwah ayah dulu..cengge tapi sweet..)

*Dah jumpa tapiii Allah is knows everything..


Maafkan saya ya awk!!

Sampaikan pernah terfikir rasa macam nak jauh jaa dari semua orang!!tapikan semua tu tak kan berlaku because aya banyak tanggungjawab for family…

#ok dah-dah ya cik Nurul buat luahan hati..Lepas nie sambung plk yaa..nak ido dah..becok kang koja yaaaa awk..

Maafkan saya..

Asslamualaikum dan Selamat Malam..




SUFRAH & KUDRAH = PETANDA SUCI

Assalamualaikum w.b.t...

Perkongsian untuk semua..

Untuk kaum muslimah yg disyngi,khas untk kalian…
Sesuci itu indah..


Mesti byk kn soalan yg akn terbit kn bila tarikh untk lmpu isyrat merah dtg…kadang was-was itu mmbuat kita tdak yakin akn smting…sambil mempraktiskan diri tapi ini untuk pngtahuan yg berat untk kaum muslimah ya…selamat bermal..

Soalan 1= ustazah,apakah tanda suci bagi seorang gadis selepas haid??saya letih untuk mandi wajib berulang kali kerana selepas mandi  masih lagi keluar cecair berwarna coklat dan kekuningan..bolehkah  ustazah jelaskan???

Jwpan 1= tanda suci bagi seorang gadis selepas haid apabila nyata keluar cecair jernih dari qubulnya.caranya,gunakan putik kapas untuk memeriksanya..

Dalam soal ini,saudara jangan tergesa-gesa untk mandi wajib.periksa dahulu dan apabila di yakini bena-benar suci,barulah mandi. Ini berdasarkan nasihat daripada Saiyidatina Aisyah: “jangan terburu-buru sehingga kamu melihat cecair berwarna putih,”(riwayat imam malik)

Jika masih Lgi Terdapat cecair yg keluar selepas mndi,ia mungkin melibatkan dua keadaan :
*      Cecair berwarna coklat : Kudrah
*      Cecair berwarna kuning : Sufrah

(ia kadangkala keluar sebelum atau selepas haid dan berpunca dari pangkal Rahim)


Kedua-dua jenis cecair ini keluar di sebabkan masalah kerosakan yang berlaku pada dinding vagina.

Soalan 2  = kalau begitu,adkah sufrah dan kudrah yang keluar itudikira sebagai haid dan perlukah kita mandi wajib untuk membersihkannya??

Jwpan 2 = dalam situasi ini,terdapat dua keadaan yang berbeza hukumnya. Situasi pertama, sekiranya sufrah dan kudrah keluar dalam tempoh 15 hari saudari haid,maka ia dikira sebagai haid dan menyucikannya adalah dengan mandi wajib.

Namun bagi situasi yang kedua,sekiranya kedua-dua cecair ini keluar selepas tempoh haid 15 hari tersebut ,maka ia tidak lagi dikira sebagai haid . ketika itu ,ia tidak menghalang saudari untuk emlakukan ibadah. Namun ia tetap dikira najis sama seperti keputihan.

Ini telah disepakati oleh para ulama’ mazhab al-syaf’I .  ini bertepatan dengan sabda baginda yang bermaksud : “Kami tidak mengira cecair keruh dan kuning yang keluar setelah berhentinya darah haid (sebagai darah haid).” (riwayat abu daud ,ibn majah dan nasa’i).

Bagi situasi kedua ini,tidak perlu mandi wajib untuk bersuci. Cukup sekadar kita membersihkannya daripada terkena badan dan pakaian.

Sebaiknya bagi wanita yang kerap mengalami keadaan ini eloklah menbersihkannya dengan sempurna ,memakai tuala wanita bagi mengelak cecair ini terkena pakaian dan berwuduk ,seterusnya segera menunaikan solat.

Soalan 3 = ALHAMDULILAH ,BARU SAYA FHAM. INSYAALLAH SELEPAS INI SAYA TIDAK WAS-WAS LAGI. CUMA BAGAIMANA SAYA HENDAK TAHU WAKTU SUCI SAYA ANTARA DUA WAKTU SOLAT ,SEBAGAI CONTOH ANTARA MAGRIB DENGAN ISYAK??

Jwpan 3 = bgus soalan ini .seperti yang selalu ustazah sebutkan ,seorang gadis “wajib”memiliki kalender mini mengenai kitaran haidnya. Kepentingan kalender ini untuk memastikan kita sentiasa berwaspada dengan tarikh-tarikh “cuti” kita yang sangat berkait rapat dengan ibadah.

Apabila didapati sudah berada pada hari-hari akhir haid,rajin-rajinlah untuk sentiasa memeriksa keadaan haid saudari dengan cara kerap menukar tuala wanita.

Sekiranya pada waktu maghrib saudari menukar tuala wanita dan didapati terdapat darah haid , maka saudari maish lagi terhalang untuk melaksana kan ibadah. Apabila masuk waktu isyak,tukarkan lagi tuala wanita yang baru.

Sekitar dua jam yang seterusnya jika didapati keluarnya cercair jernih, maka saudari diwajibkan untuk membersihkan diri dengan mandi wajib seterusnya menlaksanakan ibadah seperti biasa . saudari boleh mengantikan tuala wanita dengan pantyliner sekiranya tidak banyak cecair yang keluar.

Soalan 4 = OH BEGITU,,KALAU SAYA SUCI PADA WAKTU MAGHRIB ,WAJIB TAK SAYA GANTIKAN SOLAT YANG SEBELUMNYA,USTAZAH??

Jwpan 4 = Baik,ustazah mudahkan jawapan ini dengan contoh situasi berikut :

Situasi

 6.50 petang – jelas suci daripada haid

6.55 petang – sucikan diri dengan mandi wajib

7.10 petang – tunaikan solat asar

7.20 petang – masuk waktu maghrib





Kadang ada yang cakap perempuan is complicated!!!
Kadang ada yang cakap perempuan nie “macam –maccam”..susah la dengan perempuan yang banyak ragam nie.!!!

ITULAH HAWA!!!

*Sekadar perkongsian dari seorang perempuan ke seorang perempuan. Ilmu untuk semua tanpa mengira jantina..Buat bakal suami or suami boleh laa mula study mengenai seorang wanita. Sebabnya wanita yang kamu bakal kahwini or kahwin same like your mum!!
*Saya jugak masih mencari ilmu dunia + akhirat.