Wednesday, 10 September 2014

KaSiH sAyAnG tErLeTaK dI hAtie....

Assalamualaikum wahai saudara seislam ku..
Salam sejahtera buat kengkawan yg mengenali diri ini...

Just perkongsian n sama-sama kita ambil ikhtibar ya..

Taktala kaki melangkah masuk di pintu ini....Hati ku terfikir adakah rumah yang aku jejaki ini adalah rumah-rumah di mana letaknya orang-orang yang aku kasihi .

rumah ini tempat lah tempat dy orang melepaskan kasih sayang meskipun bukan dengan anak sendiri malah berkongsi kasih dengan orang yang menjaga sewaktu mereka sakit...

Pernah kah kita terfikir di waktu kita sedang membesar adakah kelak kita akan menjaga kedua ibu bapa kita ataupun kita akn hantar kedua ibu bapa kita ke tempat rumah kasih sayang???

Disaat aku menjejaki kaki kedalam..aku terlihat semua yang datang dari golongan atasan..aku sebagai anak (bukan ank kandung) melihat mu dari jauh Allahurobbi menitis air mata ku melihat kesabaran mereka dalam menempuh segala ujian Allah yang diberikan..

Yang datang dari pelbagai kesakitan..
-ada yang sakit kulit
-ada yang disah kan deman tapi Allah uji mereka sampaikan kena operation kepala..
-ada yang sakit tua..
-ada yang sakit nyayok..
-ada yang sakit 3 serangkai..

Pernah x kita mengeluh bila kesakitan menimpa diri kita yang penuh kelemahan ini..??

Mereke-Mereka ini tabah dalam ujian yg diberi..

makan kena bersuap..
najis kecil najis besar perlu dicuci oleh orang luar..
makan melalui tiub..

Wahai anak-anak yang diluar sana..(aku masih sebagai anak)..berfiirlah kita harus kemna kedua ibu bapa kita sewaktu kelak kita membesar,..

Wahai anak-anak lelaki..jangan lupa yang bahawa kmu itu "syurga di bawah telapak kaki ibu"..meskipun kmu semua telah ada tanggungjawab masing2...

~Assalamualaikum..pakcik...nurul xthu keadaan pakcik sekarang macam mna???sejujur nurul cakap nurul rindu saat kita bercakap melihat ketawa,cerita pakcik zaman muda dan menangis..nurul harap sangat pakcik masih berada dalam keredhaan Allah ya..nurul hanya mendoakan dari jauh..insyaAllah kelak kita berjumpa ya di syurga kelak..pakcik n makcik..nurul rindu sangat nk suap mknan dekat makcik n pakcik..

Sin..sya rindu dengan awk..nk cakap dengan awak meskipun saya xfham apa yang awk ckp..walau kita berlainan bangsa..sya tetap sayang awk mcm kakak saya...sin..sya sayang awk..
"ammaaa...ammaa.."tu kan panggilan yg awk sellau panggil bila saya datang kacau awk..

pakcik...sya doakan pakcik tabah menhadapi sakit strok separuh badan..kuat kn hati saya yakin satu hari nanti pakcik dapat berjalan kembali sama2 kita beribadah kepada Allah...~

buat saudara ku di luar sana..sayangi lah warga emas seperti kedua ibu bapa kita ya..jangan kita memarah mereka sewaktu kita ditegur oleh mereka malah kita mabil ikhtibar blik..
kelak kita akan menjadi seperti mereka jugak...

Alhamdulilah...
jumpa lgi..insyaAllah..
Assalamualaikum..




Sunday, 20 April 2014

KeBaHaGiAN DalaM PeRcArIaN

 Suhana, kau pernah minat pada seorang lelaki tak?” tanya kawan saya ketika kami sedang duduk berehat.

“Pernah lah,” jawab saya. Agak segan kerana soalan sensitif yang dilontar oleh kawan.

“Kalau kau suka, kau akan buat apa?”

“Aku akan berdoa dalam hati… “Ya Allah, aku suka akan dia, jika dia adalah jodohku, maka dekatkanlah dia untukku, jika bukan maka berikanlah yang lebih baik dari itu,” ” jawab saya.

“Oh…” terdiam seketika kawan saya itu.

Benar, setiap orang pasti pernah jatuh cinta. Namun bagi yang menjaga iman dan diri, pasti dipendamkan dahulu, cuba berusaha dengan cara yang betul untuk meraih cinta tersebut. Berusaha untuk tidak mencemari diri dari melakukan perkara-perkara yang mampu mencalarkan maruah diri dan sebagainya.



Wanita fitrahnya adalah seperti daun semalu, yang berduri dan bila disentuh tertutup malu. Seperti bunga mawar yang indah namun penuh berduri tajam. 

Jangan dihilangkan fitrah itu, kerana cinta anda sanggup mengejar sesuatu yang pasti bukan kepunyaan anda.

Seringkali kerisauan mengenai jodoh menjadi pendorong kepada berlakunya ikatan kemanusiaan jantina yang berbeza yang tiada nilai di sisi agama – bercouple tanpa ikatan nikah!

Atas alasan takut diri tidak laku, maka jika sesiapa lelaki yang menghulur cinta maka terus diterima tanpa berfikir dengan akal yang waras. Maka ketetapan Allah mengenai jodoh tidak dipeduli kerana kerisauan yang sering menghantui diri.

Sudah dibilang pelihara diri anda, maka peliharalah kerana itu bukan sesuatu yang merugikan. Namun, jika diri sudah terperangkap dengan mainan emosi kerisauan ini, segeralah bermuhasabah.

Ya, benar.. saya akui, jodoh tidak akan datang bergolek, ia perlu dicari. Namun, pencarian anda itu bagaimana caranya? Adakah mengikut syariat atau tidak? Adakah anda yakin ‘boyfriend’ anda sekarang pasti meminang anda atau tidak?

Dan akhirnya pasti kalian menjawab, “terserah pada Allah, moga inilah jodohku..”

Nah, akhirnya anda sendiri akur untuk berserah juga akhirnya, tetapi berserah setelah mengikut pencarian yang salah, anda sendiri mampu menafsir apa yang berlaku seterusnya.

Saya tidak menafikan juga bahawa kebahagiaan itu tidak mampu dinilai. Tapi sedarlah wahai sekalian sahabatku, kita sering bermimpi indah selepas perkahwinan, punya anak-anak yang soleh dan sebagainya, tapi hakikatnya kita masih kabur dalam menilai erti perkahwinan itu sendiri.

Seharusnya perkahwinan ini mampu menghasilkan generasi Islam yang lebih mantap, bukan pewaris kepada dosa-dosa yang kalian sudah lakukan sebelumnya.

Tuntasnya, saya mahu mengingat kepada diri serta sahabat sekalian bahawa carilah jodoh anda dengan cara yang paling diredhai oleh Allah.

Berpacaran bukanlah jalan terbaik untuk mengatasi masalah kerisauan anda tentang jodoh. Jika indah akhlak kalian, menjaga peribadi anda, jodoh itu sendiri datang kepada kalian dengan izin Allah.

Mahu pasangan yang soleh dan solehah? Andalah yang perlu menjadi soleh atau solehah dahulu.
Mintalah kepada-Nya, kerana hanya Dia  yang Maha Mengetahui jodoh terbaik untuk kalian.


Apa yang perlu kalian lakukan sekarang bukanlah menjalin hubungan mesra dengan pacaran tetapi jalinlah hubungan mesra dengan Yang Maha Memiliki!

Jangan sekadar mohon jodoh, namun-mohonlah juga keturunan yang baik kerana itu bisa menjadi penyejuk mata dan hatimu.

Ikutlah jalan Islam, pasti bahagia selamanya… insyaAllah! <3

Friday, 18 April 2014

KiTa BuKaN LeMaH

Saya juga pernah merasakan yang demikian disaat saya kecewa dan sedih. Tetapi itu bukan alasan untuk saya menjadi lemah, malah itulah punca saya menjadi lebih kuat untuk menghadapi dugaan-dugaan mendatang. Allah menciptakan kita dengan kekuatan dan kelemahan kita masing-masing. Disaat Allah memberikan kita kelemahan, disitulah Allah sisipkan kekuatan. Kita cuma perlu berusaha untuk mencari kekuatan itu. Ada. Saya pasti ia ada dalam setiap seorang yang bergelar manusia.
Tatkala kita merasa sedih, jangan takut. Merasa sedih itu biasa. Jika ada manusia yang tidak pernah merasa sedih, maka dia bukan manusia. Sedangkan Rasulullah S.A.W juga pernah merasa sedih yang amat ketika kehilangan datuk dan isteri kesayangannya. Baginda juga pernah berasa tidak mampu menanggung beban sehingga pergi memencilkan diri buat sementara waktu semata-mata untuk mengembalikan keyakinan hidup baginda. Inikan kita cuma insan biasa, yang tidak pun maksum, malah sering kali bergelumang dengan dosa, merasa sedih itu patut ada dalam diri kita.
Betul. Sedih dan merasa lemah adalah dua perkara yang berbeza tetapi mereka amat berkait antara satu sama lain. Kerana kita merasa kecewa, kita akan bersedih. Bersedih terlalu lama dan enggan bangun dari kekecewaan yang kita alami, maka kita akan menjadi lemah. Lemah di sini merujuk kepada perasaan yang tidak yakin terhadap kemampuan diri sendiri. Kita sering kali merasa rendah diri dan merasa diri kita kurang daripada orang lain.
Kita merasakan kita tidak mampu menjadi manusia yang dapat menandingi manusia yang lain. Tidak. Manusia lain juga tidak hebat. Mereka tidak lahir dan terus menjadi hebat. Mereka berusaha untuk menjadi hebat. Jadi kenapa kita harus berfikir kita lemah dari manusia lain? Mereka juga manusia seperti kita, mempunyai kebolehan berfikir  dan berdikari yang sama untuk memajukan taraf hidup masing-masing.
Pasti banyak perkara yang terjadi dalam hidup ini membuat kita bersedih dan kecewa. Satu perkara yang kita tahu sejak azali lagi, bersedih bukan bermakna kita lemah. Titisnya setiap airmata bukan bermaksud kita lemah. Allah jadikan setiap airmata itu dengan seribu satu kekuatan dan hikmah yang besar. Jadi jangan sesekali kita menangis untuk benda yang sia-sia.
Kita hidup bukan untuk mengejar kesempurnaan hidup. Kita hidup untuk menyempurnakan aspek kehidupan kita di akhirat kelak. Duit yang banyak dan syarikat yang berjaya bukan matlamat kita. Kenapa kita harus bersedih atas kehilangan benda-benda sebegitu?


Sering kali terdengar ungkapan ini sama ada di kaca televisyen atau dunia realiti “Saya hanya manusia biasa yang lemah, tidak mampu berbuat apa-apa selain pasrah dengan setiap ketentuan Allah.” Salah! Sangat salah untuk kita berpegang pada kata-kata ini.

Wednesday, 22 January 2014

EdArAn KaSiH sAyAnG

Assalamualaikum wahai sahabat perjuangan..

Apa khbar kmu???
Apa khbar org disisi kmu???
Apa khbar org yg kmu sygi???

Bila difikirkan kembali,semua org perlukan kasih sayang…tipu la ada yg menafikan dirinya sendiri padahal dy terlalu mahu org mnyngi dirinya mcm kita mnygi someone…

Bila terfkir..bagaimana seseorg yg hilang akn kasih sayang itu…

Kasih sayang akn seorg anak???
Kasih sayang akn seorg  sahabat???
Kasih sayang akn seorg saudara seislam???
Kasih sayang akn seorg saudara bkn islam???
Dan kasih sayang untuk kesemuanya…

Sayangnya,,,kita xpernah nk ambil berat tntg semua tu…masing-masing dengn kehidupan sndri..


Ko sakit pndai2 la cari ubt..
Ko xdk kndraan pndai2 cari sndri…
Ko xdk  shbat lntak ko la…

Sakit….sakit….sakit sangat….

Mampukah kita atasi semua dgn kemampuan diri kita sndri…
Sngguh derita nya hati kecil seorg hamba Allah…
Mampulah kita membari kasih sayang kita???


Pupuk lah diri anda dengan kasih sayang ilahi…
Jgn biar lah hati kecil tnpa prsaan ksih sayang..
Kelak kita akn snGsara…


Tenangkan kembali…
Fikirlah yg mna terbek ya…