ReMaJa & CiNtA
Jika kita mencintai seseorang biarlah kita mendiamkan diri kerana apabila kita diam itulah yang menjadi tanda cinta kita pada nya. Dan khabarkanlah perkara ini kepada Allah, kerana Dia mengetahui segalanya daripada kita. Di sini saya ingin berkongsi mengenai “Cinta Mengikut Islam” ini;
1)
Pendam dan luahkan pada ALLAH
Pertama sekali, jika kita mencintai seseorang
haruslah kita pendamkan dahulu dan menyatakan hasrat kita kepada Allah. Kita
tidak perlu terburu-buru takut perempuan/lelaki itu mencintai orang lain kerana
jodoh ini adalah semua aturan Allah. Allah lebih mengatahui apa yang kita tidak
ketahui.
Justeru, menyatakan perasaan kita kepada Allah
terlebih dahulu, itulah cara yang paling terbaik kerana insyaAllah, Allah tidak akan memberi sesuatu kepada
kita melainkan kita berhak mendapat nya dan dalam bab jodoh ini kita
berusahalah menjadi hamba Allah yang terbaik. Niatkan pertamanya apa yang kita
lakukan ini bukanlah semata-mata untuk mendapatkan jodoh yang baik, tetapi
adalah semata-mata kerana Allah.
Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Setiap
kebaikanitu pastinya akan diganjari dengan kebaikan pula. Demikianlah juga
dalam perihal jodoh sesudah kita mantapkan diri atas apa yang kita lakukan semata-mata kerana-Nya, sudah tentulah
Allah akan membarikan yang ‘sekufu’ iman dengan kita. Jika kita berusaha
menjadi hamba yang soleh/solehah, maka Allah berikan kebaikan ke atas usaha
itu.
Allah telah janji dan berfirman dalam kitabNya
yang bermaksud;
“Lelaki
yang baik untuk perempuan yang baik begitulah sebaliknya”
(Surah
an-Nur ayat 26)
2) Nilai dan
selidiki sebelum mencintai
Cinta itu hadir tanpa kita sangka. Kadang-kadang
ianya berputik tanpa kita sedari. Ada pula yang hadirnya walau hanya pertama kali
bertentang mata (sekali pandang). Namun, sebelum kita membiarkan cinta itu
tertanam di lubuk hati kita yang paling dalam, maka nilailah cinta kita itu
semula.
Adakah cinta kita itu untuk dunia sahaja? Kerana kemewahannya
kah? Kerana kecantikan wajahnya kah?
Kerana setiap kata-kata manisnya?
Untuk memuaskan nafsu diri kah? Atau
semata-mata kerana untuk menyempurnakan
agama? Andai cinta kita kepada seseorang itu hanyalah kerana nafsu dan
dunia, maka rugilah kita kerana kita tidak akan dapat apa-apa melainkan
kepuasan hanya di dunia. Tetapi jikalau kita mencintai seseorang kerana Allah
dan berniat untuk memuliakan dengan ingin menikahinya maka besarlah pahalanya
sedang perkahwinan itu diibaratkan seperti membina sebuah rumah Allah.
Mungkin ada yang berkata;
“Tak kan la awak kahwin itu bukan sebab
kecantikannya”
“Aik, awak nikah ni tanpa nafsukah?”
Ya benar! Sebagai manusai kita dikurniakan nafsu,
cintakan kecantikan. Hakikatnya semua manusia cintakan kecantikan, hatta Allah
juga sangat mencintai kecantikan kerana Allah itu bersifat dengan kesempurnaan.
Begitu juga dengan bernikah kerana nafsu. Namun, antara asbab itu, jadikanlah
pernikahan kerana Allah itu berada di tingkatan yang paling atas. Nikah kerana Allah itu yang paling utama
dan pertama.
3)
Jauhilah ‘Bercouple’
Andai diri telah mencintai seseorang, maka
berusahalah untuk menghindarkan diri kita dari ber‘couple’ kerana perkara ini langsung tidak dianjurkan dalam Islam.
Sesungguhnya budaya couple ini bukanlah satu pegangan Islam kerana padanya
terlalu banyak perkara-perkara yang boleh membuatkan pasangan bercouple ini
lebih cenderung kepada mendekati zina.
Sepertimana di dalam al-Quran ada menerangkan, “la taqrabuz zina” yang bermaksud, “
Janganlah kamu dekati zina” yang mana para ulama mengistinbatkan hukumnya
sebagai haram. Maka, apakah dengan bercouple juga tidak bermaksud di dalam
mendekati zina? Walaupun mungkin ada antara pasangan couple yang berkata;
“Saya tidak pernah keluar berdua dengan dia”
“Ana jarang telepon dia....”
“Awek aku tak pernah sms pun. Kalau ada pun
perkara yang penting je”
Namun, tanpa sedar kita tidak tahu bahawa kita
sedang melakukan zina hati yang mana
sedikit demi sedikit akan membawa kita melakukan dosa yang lebih besar.
Nau’uzubillah =(
4)
Solat Istikharah dan musyawarah (berbincang)
Sebaik-baik keputusan ialah dengan meminta
petunjuk kepada Allah dan bermusyawarah meminta pendapat daripada orang yang
dipercayai. Tiada seorang pun yang Allah
janjikan akan merasa rugi dengan bermohon kepadanNya. Maka, andai diri
telah nekad dan memilihnya kerana Allah atas sebab agamanya, solatlah
istikharah mohonkan petunjuk yang terbaik untuk agama kita, kehidupan kita pada
masa itu mahupun pada masa yang mendatang.
5)
Bertindaklah ke arah kesempurnaan Iman
Alhamdulillah, jika Allah telah berikan kelapangan
di atas solat istikharah yang kita lakukan. Salah satu daripada etunjuk
istikharah selain mimpi ialah apabila hati kita terasa lapang da yakin dengan
keputusan yang ada. Maka, bertindaklah. Bertindak disini ialah dengan memilih seseorang menjadi wakil kita untuk
meneruskan hajat kita.
Sesungguhnya Islam agama yang indah. Jika
dijadikan pegangan dan cara hidup pasti hidup terasa mudah.Demikianlah juga
adat yang ada. Maka, selagi adat tidak menyalahi syariat, gunakanlah adat
seperti merisik, bertunang dan
seterusnya. Semoga Allah merahmati dalam menuju ke arah kesempurnaan iman
itu.
Saudara saudari seagama sekalian, couple ini
memang indah tetapi beracun. Ana tidak mahu sahabat-sahabat ana diluar sana
terkena mainan syaitan ini.
Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah supaya
semua hubungan kita dengan manusia mendapat keredhaanNya dan Allah akan
menjadikan kita insan yang lebih baik supaya insyaAllah kita dikurniakan
pasangan yang juga baik.
J