Assalamualaikum..
alhamdulilah aku dilahirkan sebagai wanita..
Wanita hadir atas nama cinta dan kasih sayang.Cinta yang paling agung adalah cinta daripada ALLAH.Kasih sayang yang tiada tandingan juga dianugerahkan-NYA kepada kaum wanita.Di sebalik pelbagai perintah yang diberikan kepada kaum mereka,sebenarnya adalah tanda bahawa disitu lah kasih sayang ALLAH.
Tiada yang sia-sia segala perintah diberikan kepada kaum wanita.Perintah yang memerlukan kepada kebesaran dalam ketaatan ketika melaksanakannya.Tapi,jangan dikatakn kaum wanita adalah lemah sedangkan merekalah yang paling kuat kesabaranya.Contoh yang dapat dilihat pada etika pemakaian.Menjadi bukti bahawa kaum wanita terlalau sabar jika dibandingkan lelaki.Kaum wanita perlu menutup aurat dengan sempurna.Mereka sabar kerana yakin bahawa ALLAH sentiasa bersama-sama dengan mereka.
Kita bertanya,apakah perkara itu senang untuk dilakukan ?Tidak!! Semuanya memerlukan kesabaran dalam menjunjung ketaatan tersebut.Ia berbeza dengan kaum lelaki.Mereka tidak perlu memakai telekung,tidak perlu menutup rambut,tidak perlu memakai stokin dan pelbagai peraturan lagi.Tapi tidak bagi wanita,kesemuanya dilakukan dengan sabar.
Bagi kaum wanita,apabila ALLAH uji dan mereka bersabar itu paling mulia.Bagi kaum wanita ,sehelai rambutpun tidak boleh diperlihatkan.Sedangkan bagi kaum lelaki,meskipun hendak menunaikan solat ,mereka tidak diwajbkan untuk memakai kopiah.
Tapi,ada juga yang merungut,bertanya mngapakah mereka dijadikan sebagai wanita??Mereka perlu bersalin,memasak dan mnjga anak.Tiada lain jawapannya,selain ALLAH ingin meninggikan darjat mereka.Maka seharusnya kaum wanita berasa bangga dan seronok menirima tanggungjawab itu.
Ada yang bertanya,ap tanda kasih sayang-NYA??
Cuti!!Itulah jawapannya.Lelakitidak pernah diberi cuti dalam menunaikan solat.Sedangkan kaum wanita dianugerahkan-NYA dengan cuti dalam aspek solat.Itulah tanda kasih sayang ALLAH.Kaum wanita tidak perlu qada solat yang ditinggalkan ketika uzur.Tapi ada pula yang bertanya,mngapa cuti solat tidak perlu diqada sedangkan puasa perlu diqada??
Jawapannya adalah kerana solat merupakan kefarduan yang dilakukan setiap hari manakala puasa pula dilakukan hanya setahun sekali.Ya ,jelas kepada kita bahawa disinilah letaknya kasih sayang ALLAH kepada kaum wanita.Mereka tidak perlu mangqadakan cuti solat yang telah diberikan.
Timbul beberapa persoalan apabila ada yang bertanya,sekirannya tidak dapat menunaikan solat dan puasa,maka rugilah pahala mereka.Tidak!!Mereka sebenarnya tidak rugi.Masih terlalu banyak ruang pahala yang boleh mereka perolehi walaupun tidak dapat melakukan ibadat tersebut.
Ya,pergorbanan mereka dilahirkan,penyusuan .mnjga anak-anak,memasak,dan melayan suami sebenarnya mnjanjikan pahala yang tiada tandingan.Disitulah ruang untuk mereka memperolehi pahala yang luas.Maka.bukanlah itu tanda kasih sayang ALLAH begitu besar??
Tidakkah kita terfikir,ketika mereka terhempas pulas melahirkan anak,berapa banyak pahala yang dicatat untuk pergorbanan itu?Ketika mereka tgah gigih dan sabar bangun pada tengah malam untuk mnyusukan anak,bukankah kegighan itu turut ditandakan pahala besar??Lihatlah.....
betapa besarnya kesabaran kaum wanita ketika mereka sabar dan taat dalam melaksanakan ibadat?
Aduhai..bertuahnya mnjadi wanita.Di sebalik kelemahan dan kelembutan terselit ketabahan yang luar biasa .Mereka cekal dalam kesabaran.Mereka gigihdalam ketabahan.Namun,ketika kita berbicara tentang keteguhan.kegigihan dan ketabahan kaum wanita dalam melaksanakan ibadat,tidak kurang juga yang tercicir dalam kesabaran itu.Hilanglah keyakinan bahawa kesabaran mereka akn diredhai dan dibantu ALLAH.
Mereka tidak sabar dalam melakukan ketaatan.Mereka hilang keyakinan terhadap pertolongan ALLAH.Maka ada dalam kalangan mereka yang berasa bimbang apabila memakai tudng,mereka tidak akan mndapat pekerjaan .Apabila memakai tudung,mereka merasakan tidak akan memperolehi biasiswa.Apabila memakai tudung,mereka mersakan dunia seolah-olah tidak tenang.Mereka merasakan tidak up to date.
Ada juga muslimah yang memakai tudung di atas dasar ikut-ikutan.Maksudnya,bertutup di kepala,terdedah luas aurat di bahagian tubuh badan.Bertudung tapi lehernya terdedah,bertudung tapi emakai baju ketat mngikut potongan badandan pelbagai rekaan terkini lagi semata-mata di atas nama bertudung.Sedangkan apa yang penting ialah menutup aurat,bukannya mnutup kepala!!
Dan lama kelamaan,akibat tidak dapat bersabar,mereka akhirnya mmbuang tudung.Sudah berani mndedahkan aurat semata-mata kerana hilangnya kesabaran dan keyakinan.Dek tiadanya rasa bersabar dalam melkasanakan ketaatan,meeka tidak dapat mmpertahankan aurat yang wajib dipelihara.keyakinan bahawa pertolongan--NYA sentiasa bersama bagaikan tiada.
Duhai wanita...yakinlah bahawa ALLAH sentiasa bersamamu.Perintah dan syariat-NYA adalah demi kasih sayang terhadapmu.Jangan...jangan sesekali tinggalkan suruhan-NYA.Sesungguhnya,ALLAH sayang padamu..
#yaallahrawatkanlahlukahatikuini#




.jpg)
