"..(Kebiasaannya)
perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat,dan
lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat, begitulah
sebaliknya, perempuan-perempuan yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik,
dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik..." (An-Nur:
26)
Namun begitu, Allah tidak pernah berlaku zalim
terhadap hamba-hamba-Nya. tentang adanya pasangan yang berlainan sikap dan
pekerti mereka. Allah tidak menyebut tentang orang yang baik hanya untuk yang
baik,yang jahat untuk yang jahat, Allah juga telah menyebut tentang adanya
orang yang baik mempunyai pasangan yang jahat.
Misalnya, di dalam Al-Quran, Allah S.W.T telah
menyebut tentang isteri Nabi Nuh A.S dan juga isteri Nabi Luth A.S yang
menderhaka terhadap Allah dan suami mereka, juga tentang kisah Asiah, isteri
Firaun yang taat kepada Allah tetapi mempunyai suami yang derhaka dan mengaku
sebagai tuhan.
Adakah Allah S.W.T berlaku zalim terhadap orang
yang baik, tetapi mendapat pasangan yang jahat?
Oh, sudah tentu tidak. Allah S.W.T menjadikan
orang-orang yang baik tetapi mendapat pasangan yang kurang baik ini sebagai
antara orang-orang yang terpilih dan mulia.
Mulia kerana apa? Mulia kerana mereka mempunyai
peluang yang besar untuk membawa pasangan mereka kembali mengenal Allah.
Justeru itu, adalah tidak mustahil sekiranya jodoh
itu tentunya berlawanan sifat-sifatnya antara pasangan lelaki & wanita
berkenaan. Wallahu a'lam Bishsawab ...
.jpg)
No comments:
Post a Comment