Assalamualaikum w.b.t...
Perkongsian untuk semua..
Untuk kaum muslimah yg disyngi,khas untk kalian…
Sesuci itu indah..
Mesti byk kn soalan yg akn terbit kn bila tarikh untk lmpu
isyrat merah dtg…kadang was-was itu mmbuat kita tdak yakin akn smting…sambil
mempraktiskan diri tapi ini untuk pngtahuan yg berat untk kaum muslimah
ya…selamat bermal..
Soalan 1= ustazah,apakah tanda suci bagi seorang gadis
selepas haid??saya letih untuk mandi wajib berulang kali kerana selepas
mandi masih lagi keluar cecair berwarna
coklat dan kekuningan..bolehkah ustazah
jelaskan???
Jwpan 1= tanda suci bagi seorang gadis selepas haid apabila
nyata keluar cecair jernih dari qubulnya.caranya,gunakan putik kapas untuk
memeriksanya..
Dalam soal ini,saudara jangan tergesa-gesa untk mandi
wajib.periksa dahulu dan apabila di yakini bena-benar suci,barulah mandi. Ini
berdasarkan nasihat daripada Saiyidatina Aisyah: “jangan terburu-buru sehingga
kamu melihat cecair berwarna putih,”(riwayat imam malik)
Jika masih Lgi Terdapat cecair yg keluar selepas mndi,ia
mungkin melibatkan dua keadaan :
(ia kadangkala keluar sebelum atau selepas
haid dan berpunca dari pangkal Rahim)
Kedua-dua jenis cecair ini keluar di sebabkan masalah
kerosakan yang berlaku pada dinding vagina.
Soalan 2 = kalau
begitu,adkah sufrah dan kudrah yang keluar itudikira sebagai haid dan perlukah
kita mandi wajib untuk membersihkannya??
Jwpan 2 = dalam situasi ini,terdapat dua keadaan yang
berbeza hukumnya. Situasi pertama, sekiranya sufrah dan kudrah keluar dalam
tempoh 15 hari saudari haid,maka ia dikira sebagai haid dan menyucikannya
adalah dengan mandi wajib.
Namun bagi situasi yang kedua,sekiranya kedua-dua cecair ini
keluar selepas tempoh haid 15 hari tersebut ,maka ia tidak lagi dikira sebagai
haid . ketika itu ,ia tidak menghalang saudari untuk emlakukan ibadah. Namun ia
tetap dikira najis sama seperti keputihan.
Ini telah disepakati oleh para ulama’ mazhab al-syaf’I
. ini bertepatan dengan sabda baginda
yang bermaksud : “Kami tidak mengira cecair keruh dan kuning yang keluar
setelah berhentinya darah haid (sebagai darah haid).” (riwayat abu daud ,ibn
majah dan nasa’i).
Bagi situasi kedua ini,tidak perlu mandi wajib untuk
bersuci. Cukup sekadar kita membersihkannya daripada terkena badan dan pakaian.
Sebaiknya bagi wanita yang kerap mengalami keadaan ini
eloklah menbersihkannya dengan sempurna ,memakai tuala wanita bagi mengelak
cecair ini terkena pakaian dan berwuduk ,seterusnya segera menunaikan solat.
Soalan 3 = ALHAMDULILAH ,BARU SAYA FHAM. INSYAALLAH SELEPAS
INI SAYA TIDAK WAS-WAS LAGI. CUMA BAGAIMANA SAYA HENDAK TAHU WAKTU SUCI SAYA
ANTARA DUA WAKTU SOLAT ,SEBAGAI CONTOH ANTARA MAGRIB DENGAN ISYAK??
Jwpan 3 = bgus soalan ini .seperti yang selalu ustazah
sebutkan ,seorang gadis “wajib”memiliki kalender mini mengenai kitaran haidnya.
Kepentingan kalender ini untuk memastikan kita sentiasa berwaspada dengan
tarikh-tarikh “cuti” kita yang sangat berkait rapat dengan ibadah.
Apabila didapati sudah berada pada hari-hari akhir
haid,rajin-rajinlah untuk sentiasa memeriksa keadaan haid saudari dengan cara
kerap menukar tuala wanita.
Sekiranya pada waktu maghrib saudari menukar tuala wanita
dan didapati terdapat darah haid , maka saudari maish lagi terhalang untuk
melaksana kan ibadah. Apabila masuk waktu isyak,tukarkan lagi tuala wanita yang
baru.
Sekitar dua jam yang seterusnya jika didapati keluarnya
cercair jernih, maka saudari diwajibkan untuk membersihkan diri dengan mandi
wajib seterusnya menlaksanakan ibadah seperti biasa . saudari boleh mengantikan
tuala wanita dengan pantyliner sekiranya tidak banyak cecair yang keluar.
Soalan 4 = OH BEGITU,,KALAU SAYA SUCI PADA WAKTU MAGHRIB
,WAJIB TAK SAYA GANTIKAN SOLAT YANG SEBELUMNYA,USTAZAH??
Jwpan 4 = Baik,ustazah mudahkan jawapan ini dengan contoh
situasi berikut :
Situasi
6.50 petang – jelas suci daripada haid
6.55 petang – sucikan
diri dengan mandi wajib
7.10 petang –
tunaikan solat asar
7.20 petang – masuk
waktu maghrib
Kadang ada yang cakap perempuan is complicated!!!
Kadang ada yang cakap perempuan nie “macam –maccam”..susah
la dengan perempuan yang banyak ragam nie.!!!
ITULAH HAWA!!!
*Sekadar perkongsian dari seorang perempuan ke seorang
perempuan. Ilmu untuk semua tanpa mengira jantina..Buat bakal suami or suami
boleh laa mula study mengenai seorang wanita. Sebabnya wanita yang kamu bakal
kahwini or kahwin same like your mum!!
*Saya jugak masih mencari ilmu dunia + akhirat.
No comments:
Post a Comment