Saturday, 26 October 2013

SoLaT IstikHaRaH

Assalamulaikum...
apa khabr kmu disana wahai shbat seperjuangan islam????

just perkongsian...
ini adalah jalan yang terbaik untuk menentukan urusan yang dikecapi...

~solat sunat istikharah adalah solat sunat yang dilakukan oleh sebahagian besar masyarakat muslim.objektif solat istikharah untuk meminta petunjuk yang baik daripada ALLAH.Orang mukmin yang menghadapi dilema untuk menentukan pilihan yang tepat atau sangsi.sama ada perkara yang dihajati atau yang diputuskan itu akan membawa kepada kebaikan atau keburukan.
~waktu terbaik untuk mengerjakan solat sunat istikharah adalah pada 2/3 malam terakhir.solat sunat ini dilakukan sebanyak dua rakaat.
~menurut hadis Jabir bin Abdillah r.a beliau berkata:Rasulullah pernah mengajarkan istikharah kepada kami dalam segala urusan,sebagaimana baginda mengajar kami surah dari Al-Quran. Baginda bersabda :
                "Jika salah seorang di antara kalian berkeinginan keras melakukan sesuatu,hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat yang bukan solat fardhu."
               Kemudian membaca doa:
~Ya Allah,sesungguhnya aku memohon petunjuk kepada-mu dengan ilmu-mu,memohon ketetapan dengan kekuasaan-mu,dan aku memohon kurnian-mu yang sangat agung kerana sesungguhnya ENGKAU berkuasa sedang aku tidak berkuasa sama sekali. ENGKAU mengetahui sedangkan aku tidak dan ENGKAU yang mengetahui hal yang ghaib. Ya Allah,jika ENGKAU mengetahui bahawa urusan ini (lalu menyebut secara langsung urusan yang dimaksudkan) lebih baik bagi diriku dalam agama,kehidupan dan akhir urusanku - atau mengucapkan baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka tetapkanlah ia bagiku dan mudahkan ia bagiku.
~Kemudian berikan berkat kepadaku dalam menjalankannya . Jika ENGKAU mengetahui bahawa akhir urusanku - atau mengucapkan : baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka jauhkan lah urusan itu daripada ku dan jauhkanlah aku daripada nya,serta tetapkanlah yang baik itu bagiku dimana pun kebaikan itu berada.Kemudian,jadikan lah aku orang yang redha dengan ketetapan tersebut."

     Rasulullah s.a.w juga bersabda :
"Hendaklah dia menyebutkan apa yang dihajatkannya."
-(Hadis riwayat Iman al-Bukhari dalam Shahihnya,Kitab al-jumuah,no :1162)

#bisikan_an_nur
#ini bukan cinta murah tetapi ini cinta istikharah...




No comments:

Post a Comment